PILIHAN DI TANGAN KITA
Assalamualaikum! Salam sejahtera <3 My first blog. My first post. Fuh, kita mulakan dengan lafaz Bismallah. Bismillahirrahmanirrahim . Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . Manusia. Apa itu manusia? "Dei, apa punya soalan da. Kita ni lah manusia!" Hehehe, betul lah tu. Kita ni lah manusia. Cuba awak semua berdiri di hadapan cermin, lihat lah diri awak. Berbezanya awak berbanding hidupan-hidupan lain. SubhanAllah. Apa yang ada pada diri awak, tak ada pada hidupan lain. Kita ni manusia, Allah swt kurniakan akal fikiran, dimana membolehkan kita berfikir. Membolehkan kita membezakan antara dua perkara; baik atau buruk. Cuba lihat haiwan-haiwan & tumbuh-tumbuhan. Mereka tidak punya akal. Mereka tidak boleh membezakan mana satu perkara baik, mana satu perkara buruk. Tidak, mereka tidak boleh. Allahuakbar, ini lah kelebihan kita yang Allah berikan. ( Tapi, jangan kata haiwan & tumbuhan tak ada kelebihan pulak. Mereka p...