PILIHAN DI TANGAN KITA
Assalamualaikum! Salam sejahtera <3
My first blog. My first post. Fuh, kita mulakan dengan lafaz Bismallah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Manusia. Apa itu manusia?
"Dei, apa punya soalan da. Kita ni lah manusia!"
Hehehe, betul lah tu. Kita ni lah manusia. Cuba awak semua berdiri di hadapan cermin, lihat lah diri awak. Berbezanya awak berbanding hidupan-hidupan lain. SubhanAllah. Apa yang ada pada diri awak, tak ada pada hidupan lain. Kita ni manusia, Allah swt kurniakan akal fikiran, dimana membolehkan kita berfikir. Membolehkan kita membezakan antara dua perkara; baik atau buruk.
Cuba lihat haiwan-haiwan & tumbuh-tumbuhan. Mereka tidak punya akal. Mereka tidak boleh membezakan mana satu perkara baik, mana satu perkara buruk. Tidak, mereka tidak boleh. Allahuakbar, ini lah kelebihan kita yang Allah berikan. ( Tapi, jangan kata haiwan & tumbuhan tak ada kelebihan pulak. Mereka pun ada kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri ya ;) )
Kelebihan, kelebihan juga. Tapi, jangan lupa, ada juga tanggungjawabnya :) Justeru, gunakanlah akal fikiran awak tu ke arah kebaikan. Jangan salah gunakan pulak.
Seperti apa yang kita tahu, dunia ni adalah pentas bagi kita, Pentas untuk kita persembahkan segala amal ibadat kita kepada Sang Pencipta. Siapa Sang Pencipta tu?
ALLAH SWT.
"Untuk apa kita persembahkan amal ibadat kita? Tak boleh ke kita hidup enjoy je kat dunia ni?"
Eh, cakap macam hidup beribadat ni tak enjoy pulak. Hahahaha, untuk apa kita beramal ibadat? Untuk kita kembali ke tempat asal kita lah, iaitu Syurga.
Awak awak semua, dunia ni sementara je sedangkan kehidupan yang abadi ialah kehidupan sama ada di Syurga atau Neraka. Macam apa yang saya dah type kat atas tadi tu, kita semua dianugerahkan akal fikiran kan? Jadi kita boleh membuat pertimbangan sewajarnya kan?
Kita tahu, Syurga penuh kenikmatan manakala Neraka penuh penyiksaan. Di dunia, kita perlu berpenat lelah demi untuk menjadi ahli Syurga tapi, senang je nak jadi ahli Neraka. Okey, kita duduk, tarik nafas, dan berfikir sejenak.
Berbaloikah hidup enjoy di dunia, buat dosa sana sini last-last masuk Neraka yang penuh penyiksaan? Hidup enjoy kejap je, lepas tu hidup disiksa dalam tempoh yang lama, yang kita sendiri tak boleh nak gambarkan! Berbaloikah? Tidak. Sangat sangat sangat tidak berbaloi. Cuba kita fikir yang ni pulak. Berbaloi tak hidup di dunia, melakukan amal ibadat kepada Allah swt dan merasakan kemanisan beribadat di dunia yang sementara ni, lepas tu masuk Syurga hidup penuh nikmat kurniaan Allah swt? Berbaloi. Sangat sangat sangat berbaloi.
Biasalah tu awak, nak dapat benda yang baik, kena usaha lebih sikit. Sebab benda yang kita nak kan tu, mahal nilainya. Bukan calang-calang orang boleh dapat. Hihihi.
Jadi, keputusan di tangan awak. Awak lah penentu destinasi awak seterusnya. Sama ada Syurga, atau Neraka. Pilihlah sewajarnya. Gunakan akal fikiran tu sebaik mungkin, dan jangan biarkan syaitan dan iblis laknatullah mengawalnya. Jangan biarkan nafsu mengawalnya. Ingatlah, kita kawal nafsu. Bukan nafsu yang kawal kita. Dan kita bukanlah hamba kepada nafsu. Bukan juga hamba kepada syaitan dan iblis.
Wallahu a'lam.
Comments
Post a Comment