Umur Bukan Penentu Kematian

Assalamualaikum wbt semuaaa! Tengah buat apa tu? Semoga awak semua sentiasa berada dibawah lindungan Allah swt dan sentiasa happy ya? Hehehe. Aamiin, Allahumma aamiin.

Saya tak ingat lah bila kan, tapi ada satu hari tu, tengah syok scroll feeds dekat Instagram, saya terjumpa satu gambar. Dah jadi trend kan, orang post gambar yang tertulis kata-kata berunsurkan motivasi, kata-kata keagamaan. Eloklah tu. Teknik baru dalam kegiatan dakwah, *thumbs up* hihihi.

Saya tertarik dengan satu post tu. Saya tak berapa ingat statement dalam gambar tu sebulat-bulatnya, tapi lebih kurang macam, “manusia zaman sekarang telah ditipu oleh umur”. Saya tertarik dengan statement tu sebabnya, timbul satu persoalan dalam diri saya.

“Aik, kenapa pulak kita dah ditipu oleh umur? Apa maksudnya sebenarnya?”

Lepas tu, saya bacalah caption post tersebut. Allah, terkedu saya. Ternyata apa yang tertulis itu sememangnya benar, saya akui kebenaran itu.

Kenapa manusia zaman sekarang, ramai yang ditipu oleh umur?
Sebabnya, dah tertulis dalam mindset orang kita ni, orang tua-tua sahaja yang akan mati. 
Bila difikirkan semula, betul jugak kan. Orang kebanyakan selalu kata,
“Alah, muda lagi kan. Banyak lagi masa.”

Ramai orang selalu kata. Waktu muda ni lah untuk kita enjoy, nikmati kehidupan. Bila dah tua nanti, dah berumur nanti, barulah bertaubat, dekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Salah tu, sedangkan kita sendiri tak tahu bila kita akan mati.
Kita tak tahu di mana tempat terakhir kita hembuskan nafas.
Kita tak tahu bagaimana saat-saat kematian kita. 
Kita tak tahu semua tu, guys. Itu semua rahsia Allah swt. 
Hanya Allah swt sahaja yang tahu semua tu.

Allahuakbar, Allah Maha Besar.

Janganlah kita buat dunia ni macam kita yang punya, guys. Kita bukan empunya dunia ini. Kita bukan empunya segala apa yang kita miliki saat ini. Kita bukan empunya kepada alam semesta ini. 

Ini semua adalah milik Allah swt 100%.

Jangan kita rasa malaikat maut hanya akan datang mencabut nyawa kita saat kita sudah berusia tua. 
Sedangkan yang belum sempat lahir pun boleh meninggal dalam perut ibu, ataupun baru lahir tak sampai seminit pun boleh ditarik nyawanya.

Jangan kita ingat, ajal itu hanya datang saat kita berpenyakit.
Sedangkan tengah tidur pun, Allah boleh ambil nyawa kita.
Sedangkan tengah syok main bola sepak atas padang pun boleh meninggal dunia. Tup tup kilat sambar tepat atas kepala.

Jangan kerana usia kita masih berada dalam tahap ‘muda’, kita ingat ajal itu lambat lagi. Jangan. Jangan biarkan diri kita ditipu umur. 
Umur bukan penentu bila kita akan mati.

Sesungguh segalanya telah ditetapkan. Ajal dan maut, rezeki, jodoh. Itu semua rahsia Allah yang tak akan pernah kita tahu. 

Hanya Allah swt sahaja yang tahu.

Usahlah kita sombong lagi. Berbaliklah kepada Allah. Esok pun belum tentu masih ada untuk kita. Usia muda tak bererti kita tidak akan mati. Ingat tu.

Semoga kalian & keluarga sentiasa dirahmati Allah swt di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk terus bertaubat dan melakukan ibadat kepadaNya.

Wallahua’alam.

Comments

Popular posts from this blog

"Pengumpat"

;; Cara Nak Menyedarkan Remaja Tentang ZINA ;;