"Pengumpat"
Al-Humazah (Pengumpat)
Surah ke-104 daripada 114 surah di dalam al-Quran.
Terdiri daripada 9 ayat.
Tergolong dalam surah Makkiyyah.
Di atas ini, sedikit banyak info ringkas mengenai surah Al-Humazah. Al-Humazah bererti "Pengumpat".
Pengumpat? Dengar je dah macam tahu je kan apa itu pengumpat.
Pengumpat ialah orang yang mengumpat.
"Mengumpat tu, apa pulak?"
Mengumpat bermaksud perbuatan seseorang itu menceritakan aib atau keburukan kepada orang lain tanpa pengetahuan orang yang dimaksudkan itu.
Ayuhlah kita baca surah Al-Humazah ini, dan fahamkan serta hadamkan maksud ayat ini ya.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
(1) Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.
(2) Yang mengumpulkan harta dan sentiasa menghitung-hitungnya.
(3) Dia (manusia) menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya.
(4) Sekali-kali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam Neraka Hutamah.
(5) Dan tahukah kamu apakah Neraka Hutamah itu?
(6) Ia adalah api (azab) Allah yang dinyalakan.
(7) Yang (membakar) sampai ke hati.
(8) Sungguh, api itu ditutup rapat di atas (diri) mereka.
(9) Sedang mereka itu diikat pada tiang-tiang yang panjang.
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.
Tak terbayang betapa azabnya balasan tersebut.
Nauzubillahiminzalik.
Semoga kita tidak mempunyai sifat buruk tersebut.
Marilah kita sama-sama ubahkan diri kita, menuju ke jalan kebenaran, yakni jalan Allah swt.
Ayuh kita jadi seorang Muslim yang lebih baik dan kukuh imannya, aamiin.
Wallahu a'lam.
Comments
Post a Comment