;; Cara Nak Menyedarkan Remaja Tentang ZINA ;;

Assalamualaikum wbt semua, Hi Hi. Pa habaq? Heheh, saja nak try speaking utara ni xD Lama tak update blog (sapa kisah kan) Huhuhu, saya sendiri yang kisah.

Baru-baru ni, saya ada terbaca post di Instagram, admin account Instagram tersebut meminta pendapat daripada orang ramai mengenai isu yang sangat berkait rapat dengan masyarakat Islam di Malaysia kini, terutama sekali golongan muda. Golongan muda bukan bermakna golongan remaja saja, tapi merangkumi golongan belia sekali. Belia dikira muda juga, kan kan kan? Hihihi.

Admin account tersebut minta pendapat orang ramai mengenai cara nak menyedarkan golongan remaja tentang bahayanya dan berdosanya berzina. Al-maklumlah, lihatlah sekeliling awak semua, perbuatan zina yang dilakukan dikhalayak ramai bukanlah perkara yang menghairankan lagi dah. Orang kata, dah macam adat resam kita. Padahal tidak. Allahuakbar, nauzubillahiminzalik. Moga Allah jauhkan kita daripada terjebak dengan gejala-gejala tersebut & semoga Allah bukakan hati mereka dan beri hidayah kepada mereka, aamiin Allahumma aamiin.

Nak dijadikan cerita, admin tersebut kan tanya berkaitan dengan remaja, so, sebagai seorang remaja, saya pun utarakanlah pendapat saya, hehehe. Tak bagus mana pun, tapi cukuplah sekadar memberi cadangan kan. Sebabnya, saya ni remaja, so sedikit banyak saya tahu apa yang mungkin seringkali bermain-main di fikiran remaja atau keinginan seorang remaja. Dan saya yakin awak semua pun tahu kan.
Haa, ini pun antara faktor kenapa kita perlukan lebih ramai pendakwah berusia muda! Sebab ini lah. Orang muda, tahu apa yang orang muda sukakan dan inginkan. Jadi, alang-alang menyeluk pekasam ni, saya nak seru kepada semua golongan muda, berdakwahlah. Ingat,

Aslih nafsak wad`u ghairak

“Perbaikilah diri kamu dan (pada masa yang sama) ajaklah orang lain”

Jangan takut, jangan gentar, jangan risau dengan kecaman dan tohmahan masyarakat moden kini sekiranya kita menjalankan kegiatan dakwah. Biasalah, kita takkan pernah boleh tutup mulut orang daripada berbicara. Apa yang perlu kita lakukan ialah bersabar, bersabar dan terus bersabar. Inilah kunci sesebuah kejayaan. Jangan lupa berdoa sekali. Sesungguhnya, Allah swt itu Maha Mendengar.

Okey, back to our topic yang kita sedang diskuskan. Saya ni pun, takdelah tinggi tara mana pun bab-bab agama ni. Benda baik kita kongsi bersama kan? 

Jadi, pada pendapat saya, antara cara yang paling efektif untuk timbulkan nilai kesedaran dalam diri anak muda kini ialah melalui penceramah-penceramah muda. Kalau boleh, penceramah perempuan bagi ceramah kat kelompok golongan muda berjantina perempuan dan begitu juga dengan penceramah lelaki. Eloklah kalau bagi ceramah dekat golongan muda berjantina lelaki. Bukan apa, kita nak elakkan timbulnya perasaan lain. Elok-elok nak kasi nilai kesedaran, orang yang dok dengar ceramah ni boleh pulak sembang kat belakang, “Eh, handsomelah ustaz ni! Future husband ni.”, “Wuish, lawa kot ustazah ni! Sejuk mata memandang.”.

Lain pulak ceritanya. Itu yang pada pendapat saya, elok kita khususkan ceramah itu mengikut jantina. Sebabnya, kita semua mesti pernah hadapi situasi macam ni kan? So, faham-faham jelah.

Nampak macam ada kaitan je kan dengan apa yang saya dah type kat atas tadi? Sebab inilah kita perlukan lebih ramai pendakwah muda. Apa yang kita cuba nak sampaikan kepada para pendengar pun jadi lebih mudah untuk difahami dan dihadam oleh mereka. Bahasa yang digunakan pun takdelah formal sangat. Cara nak tarik minat para pendengar yang terdiri daripada golongan muda ni pun lain caranya.

Okey, the second one is, berkaitan dengan cara para penceramah sampaikan mesej ceramah. Maksud saya, dalam zaman sekarang ni, sekadar sampaikan kata-kata tak cukup ‘strong’ untuk bagi orang-orang muda ni sedar. Kalau boleh, kaitkan sekali contoh-contoh story yang berkaitan dengan zina. Maksud saya disini, pengalaman mereka yang telah menyesal kerana terjebak dengan isu ini. Story-story ni boleh je kita ambil dari mereka yang pernah masuk pusat pemulihan akhlak. Bagaimana diorang tu boleh terjebak, macam mana diorang boleh tersedar yang diorang dah tersilap step dalam kehidupan dengan memilih jalan yang salah, kesan & akibat perbuatan diorang. Serious saya bagitahu ni, cara ini sangat efektif kalau digunakan dengan betul.

Kenapa saya kata kedua-dua cara ini antara cara yang efektif? Sebabnya saya sendiri dah pernah alaminya. Pengalaman saya, saya pernah menghadiri satu ceramah berkaitan dengan gejala zina dalam kalangan remaja. (masa tu cikgu sekolah yang bawa) Syukur sangatlah dapat peluang masa tu.

Penceramah berumur dalam lingkungan 20-an. Dikira muda jugaklah kan. Saya sangat kagum dengan cara penyampaiannya dalam menyampaikan mesej yang terkandung dalam ceramah. Tidaklah terlalu ringkas, agak padat mesejnya kalau focus daripada awal ceramah sampai habis. Mungkin disebabkan aura yang dimiliki oleh penceramah, anugerah Allah tu J Aura orang muda ni lain. Sebab tu bagus kalau lebih ramai penceramah muda dilahirkan. Bahasa yang digunakan bertepatan dengan golongan remaja kini. Cepat faham jadinya. Dengan lawak jenaka yang diselitkan dalam ceramah. Memang menarik minat semua orang untuk terus focus lah cerita dia hahahaha. Dan bezanya ceramah mereka dengan ceramah-ceramah lain yang pernah saya hadiri, cara dia sampaikan mesej tu. Bukan sahaja dengan menggunakan kata-kata nasihat, bahkan cerita pengalaman daripada orang-orang yang dah kesal dengan perbuatan lampau mereka. Gambar-gambar kesan zina. Sangat mengerikan. Cukup memberi rasa insaf dalam diri.

Tapi, nak taknak, kita kena terima hakikat yang tak semua orang mampu menerima cara sebegini dan cara sebegini tak semestinya boleh menimbulkan rasa sedar dalam diri semua orang. Bergantung kepada sifat & sikap seseorang jugak. Tetapi, ini pendapat saya sebagai seorang remaja sendiri. Tak semestinya pendapat saya ni betul 100% dan pendapat orang lain adalah salah. Tidak. Kita semua memandang sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.

Jangan lupa, sentiasalah menjaga diri, nak-nak lagi kita hidup dalam zaman yang terlalu terdedah dengan benda-benda negative. Janganlah sesekali kita cuba untuk terlibat sama.

Jaga diri, jaga iman, jaga nafsu.

Moga Allah swt sentiasa memberkati kita semua & keluarga di dunia dan akhirat, aamiin Allahumma aamiin.

Wallahua’lam.

Comments

Popular posts from this blog

"Pengumpat"

Umur Bukan Penentu Kematian