Posts

Showing posts from October, 2016

;; Cara Nak Menyedarkan Remaja Tentang ZINA ;;

Assalamualaikum wbt semua, Hi Hi. Pa habaq? Heheh, saja nak try speaking utara ni xD Lama tak update blog (sapa kisah kan) Huhuhu, saya sendiri yang kisah. Baru-baru ni, saya ada terbaca post di Instagram, admin account Instagram tersebut meminta pendapat daripada orang ramai mengenai isu yang sangat berkait rapat dengan masyarakat Islam di Malaysia kini, terutama sekali golongan muda. Golongan muda bukan bermakna golongan remaja saja, tapi merangkumi golongan belia sekali. Belia dikira muda juga, kan kan kan? Hihihi. Admin account tersebut minta pendapat orang ramai mengenai cara nak menyedarkan golongan remaja tentang bahayanya dan berdosanya berzina . Al-maklumlah, lihatlah sekeliling awak semua, perbuatan zina yang dilakukan dikhalayak ramai bukanlah perkara yang menghairankan lagi dah. Orang kata, dah macam adat resam kita. Padahal tidak. Allahuakbar, nauzubillahiminzalik. Moga Allah jauhkan kita daripada terjebak dengan gejala-gejala tersebut & semoga Allah bukakan ...

"Pengumpat"

Image
Al-Humazah (Pengumpat) Surah ke-104 daripada 114 surah di dalam al-Quran . Terdiri daripada 9 ayat . Tergolong dalam surah Makkiyyah . Di atas ini, sedikit banyak info ringkas mengenai surah Al-Humazah. Al-Humazah bererti "Pengumpat".  Pengumpat? Dengar je dah macam tahu je kan apa itu pengumpat. Pengumpat ialah orang yang mengumpat . "Mengumpat tu, apa pulak?" Mengumpat bermaksud perbuatan seseorang itu menceritakan aib atau keburukan kepada orang lain tanpa pengetahuan orang yang dimaksudkan itu .  Ayuhlah kita baca surah Al-Humazah ini, dan fahamkan serta hadamkan maksud ayat ini ya. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. ( 1 ) Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela . ( 2 ) Yang mengumpulkan harta dan sentiasa menghitung-hitungnya . ( 3 ) Dia (manusia) menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya . ( 4 ) Sekali-kali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam Neraka Hutamah . ( 5 ...