Posts

Showing posts from 2016

Umur Bukan Penentu Kematian

Assalamualaikum wbt semuaaa! Tengah buat apa tu? Semoga awak semua sentiasa berada dibawah lindungan Allah swt dan sentiasa happy ya? Hehehe. Aamiin, Allahumma aamiin. Saya tak ingat lah bila kan, tapi ada satu hari tu, tengah syok scroll feeds dekat Instagram, saya terjumpa satu gambar. Dah jadi trend kan, orang post gambar yang tertulis kata-kata berunsurkan motivasi, kata-kata keagamaan. Eloklah tu. Teknik baru dalam kegiatan dakwah, *thumbs up* hihihi. Saya tertarik dengan satu post tu. Saya tak berapa ingat statement dalam gambar tu sebulat-bulatnya, tapi lebih kurang macam, “manusia zaman sekarang telah ditipu oleh umur”. Saya tertarik dengan statement tu sebabnya, timbul satu persoalan dalam diri saya. “Aik, kenapa pulak kita dah ditipu oleh umur? Apa maksudnya sebenarnya?” Lepas tu, saya bacalah caption post tersebut. Allah, terkedu saya. Ternyata apa yang tertulis itu sememangnya benar, saya akui kebenaran itu. Kenapa manusia zaman sekarang, ramai yang dit...

;; Cara Nak Menyedarkan Remaja Tentang ZINA ;;

Assalamualaikum wbt semua, Hi Hi. Pa habaq? Heheh, saja nak try speaking utara ni xD Lama tak update blog (sapa kisah kan) Huhuhu, saya sendiri yang kisah. Baru-baru ni, saya ada terbaca post di Instagram, admin account Instagram tersebut meminta pendapat daripada orang ramai mengenai isu yang sangat berkait rapat dengan masyarakat Islam di Malaysia kini, terutama sekali golongan muda. Golongan muda bukan bermakna golongan remaja saja, tapi merangkumi golongan belia sekali. Belia dikira muda juga, kan kan kan? Hihihi. Admin account tersebut minta pendapat orang ramai mengenai cara nak menyedarkan golongan remaja tentang bahayanya dan berdosanya berzina . Al-maklumlah, lihatlah sekeliling awak semua, perbuatan zina yang dilakukan dikhalayak ramai bukanlah perkara yang menghairankan lagi dah. Orang kata, dah macam adat resam kita. Padahal tidak. Allahuakbar, nauzubillahiminzalik. Moga Allah jauhkan kita daripada terjebak dengan gejala-gejala tersebut & semoga Allah bukakan ...

"Pengumpat"

Image
Al-Humazah (Pengumpat) Surah ke-104 daripada 114 surah di dalam al-Quran . Terdiri daripada 9 ayat . Tergolong dalam surah Makkiyyah . Di atas ini, sedikit banyak info ringkas mengenai surah Al-Humazah. Al-Humazah bererti "Pengumpat".  Pengumpat? Dengar je dah macam tahu je kan apa itu pengumpat. Pengumpat ialah orang yang mengumpat . "Mengumpat tu, apa pulak?" Mengumpat bermaksud perbuatan seseorang itu menceritakan aib atau keburukan kepada orang lain tanpa pengetahuan orang yang dimaksudkan itu .  Ayuhlah kita baca surah Al-Humazah ini, dan fahamkan serta hadamkan maksud ayat ini ya. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. ( 1 ) Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela . ( 2 ) Yang mengumpulkan harta dan sentiasa menghitung-hitungnya . ( 3 ) Dia (manusia) menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya . ( 4 ) Sekali-kali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam Neraka Hutamah . ( 5 ...

PILIHAN DI TANGAN KITA

Assalamualaikum! Salam sejahtera  <3 My first blog. My first post. Fuh, kita mulakan dengan lafaz Bismallah.  Bismillahirrahmanirrahim . Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . Manusia. Apa itu manusia? "Dei, apa punya soalan da. Kita ni lah manusia!" Hehehe, betul lah tu. Kita ni lah manusia. Cuba awak semua berdiri di hadapan cermin, lihat lah diri awak. Berbezanya awak berbanding hidupan-hidupan lain. SubhanAllah. Apa yang ada pada diri awak, tak ada pada hidupan lain. Kita ni manusia, Allah swt kurniakan akal fikiran, dimana membolehkan kita berfikir. Membolehkan kita membezakan antara dua perkara; baik atau buruk. Cuba lihat haiwan-haiwan & tumbuh-tumbuhan. Mereka tidak punya akal. Mereka tidak boleh membezakan mana satu perkara baik, mana satu perkara buruk. Tidak, mereka tidak boleh. Allahuakbar, ini lah kelebihan kita yang Allah berikan. (  Tapi, jangan kata haiwan & tumbuhan tak ada kelebihan pulak. Mereka p...